Gallery

Thursday, August 29, 2013

Hibernating Creature

 photo DSC_4296_zpscc31248e.jpg

Politik tempatan dilihat begitu meriah dengan pertelagahan yang merepek-repek dan perang mulut yang tak ke mana.Saya berpendapat yang kedua-dua pihak baik pihak kerajaan persekutuan(Barisan Nasional) mahupun pembangkang(Pakatan Rakyat) sama sahaja yang lebih bercorak mengutamankan faedah sendiri dan mengunakan segala jenis isu yang diapi-apikan untuk saling menyerang dan menjatuhkan.Penyokong fanatik setiap parti menjadi buah catur,umpama pelanduk yang tersepit antara pergaduhan gajah dengan gajah.Situasi ini juga membuat ramai yang mula muak dan memilih untuk tidak mengambil tahu lagi hal politik sedangkan politik juga suatu yang amat penting untuk setiap warga sesebuah negara.Ramai orang mula bertindak menjadi 'ignorant' dan tidak mahu mengambil tahu lagi soal politik kerana mereka berpendapat yang politik tempatan karut,kotor dan hanya melibatkan pertelagahan yang tidak membawa sebarang faedah."Tired of dirty politics,some may start to hibernate and choose to become the ignorants!"



0 comments: