Gallery

Saturday, September 19, 2009

SUNYI PAGI SYAWAL

Ramadan dah pergi..tak tahu le leyh jumpak ke lagi??
Syawal datang hari ini..tak seceria dan semeriah dulu...
selepas solat,balik rumah,tngok ramai anak-anak kecil yg dh ada kt rumah..
menjamu selera dan menanti duit raya..
indahnye syawal suatu ketika dulu..tp kini tak lagi..tak tahu le plak kenape..
maybe tugas dan beban pada diri menjadi penghalang keceriaan utk terbit..


SALAM LEBARAN BUAT SEMUA..

SALAM LEBARAN BUAT SEMUA...

APA HIKMAHNYA?!

SETIAP yang terjadi baik mahupun buruk adalah kehendakNya..Dalam setiap yg tersurat,ada hikmah dan manfaat yang tersirat di sebalik insiden yg menimpa kita…

INFLUENZA A/H1N1?

Ermmm…bagi kejadian yang menggegarkan dunia kini dengan korban jiwa yang makin meningkat,apa pula hikmah tersembunyinya?

Puas saya berfikir semalam…memerah otak bersumbangsaran,dapatlah saya ketahui sedikit sebanyak hikmah dari bala ini..tapi,ini menurut saya lah…bagaimana dengan anda??

-H1N1 adalah teguran ’suam’ Yang Maha Esa kepada hambaNya..Bayangkan,tentera virus yang selama ini di anggap mikro mampu menyerang dan melumpuhkan tubuh berjuta-juta insan…jadi..kenapa kita masih mahu meninggi diri?membiarkan megalomania terus mencengkam akal dan budi?

-Jika ditafsirkan dari skop virus influenza itu sendiri,dapat juga dikupas suatu pengajaran yang harus dijadikan teladan..H1N1 sebenarnya memang telah lama wujud..tapi ia berevolusi sejak akhir-akhir ini..H1N1(berasal dari eropah) yang pada dasarnya tidak kuat telah berintegrasi dgn. koloninya dari amerika iaitu H1N2 dan menyebabkan virus ini telah menjadi virus H1N1 yang kuat dan mampu membunuh,sukar untuk terhapus,dan cepat merebak..Dari sini,kita dapat lihat bahawa kuman juga mampu bersatu padu untuk menjadi kuasa pemusnah yang dasyat..pada pendapat saya,umat Islam juga sepatutnya begitu..sentiasa bersatu,untuk menggegarkan musuh Islam..sebaliknya,umat Islam hari ini masih leka dan lalok dengan hal duniawi dan suka berbalah sesama sendiri..sedangkan musuh tersenyum sinis melihatnya..hurmm…

-Kenapa virus ini hanya membunuh golongan Melayu bagi kes-kes yang terjadi di Malaysia (setakat ini)?Kenapa tiada kes yang melibatkan kaum cina,india dan sebagainya?sedangkan Islam terkenal dgn. nilai-nilai murni dan kebersihan..kenapa tetap jua orang melayu yang menjadi mangsa?ahhaa…itulah kita…mengaku Islam bila di tanya..tp tidak betul2 istiqamah dgn. apa yang dilandaskan oleh Islam itu sendiri..Kita juga sering mengutuk bangsa lain..mencaci menghina dgn. penuh keegoan.tapi,kita ini pada hakikatnya tidaklah lengkap dan sempurna..hurm..jangan mudah mengata..walaupun mereka mungkin musuh kita,seharusnya kita mempelajari apa yang baik dari mereka.”Yang baik di jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan”.

ahlan ya ramadhan

salam..

Ramadhan Al-Mubarak sekali lagi menjenguk kita pada tahun ini..setahun sekali,selama sebulan harus kita tempuh dengan ujian nafsu semata,tanpa ada pengaruh dari syaitan terlaknat..

mampukah saya menghadapinya lagi tahun ini?belajar menilai dan menghayati barakah yang ada pada bulan ini sememangnya agak payah kerana belum pernah walau sekali saya berjaya cuba mengambil peluang untuk mendidik hati dan iman saya ke arah yang lebih diinginiNya..

InsyaAllah,tahun ini akan menjadi titik transformasi buat jasad lemah ini..

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN…

Inilah bulan turunnya Al-furqan yang mulia…maka haruslah pula di muliakan :)
Doakan saya berjaya memanfaatkan ramadhan tahun ini dengan penuh istiqamah dan ikhlas ye :D

Kali Terakhir ku melihat lagenda nasyid






Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada…lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

AL_FATIHAH…..