Gallery

Saturday, September 19, 2009

APA HIKMAHNYA?!

SETIAP yang terjadi baik mahupun buruk adalah kehendakNya..Dalam setiap yg tersurat,ada hikmah dan manfaat yang tersirat di sebalik insiden yg menimpa kita…

INFLUENZA A/H1N1?

Ermmm…bagi kejadian yang menggegarkan dunia kini dengan korban jiwa yang makin meningkat,apa pula hikmah tersembunyinya?

Puas saya berfikir semalam…memerah otak bersumbangsaran,dapatlah saya ketahui sedikit sebanyak hikmah dari bala ini..tapi,ini menurut saya lah…bagaimana dengan anda??

-H1N1 adalah teguran ’suam’ Yang Maha Esa kepada hambaNya..Bayangkan,tentera virus yang selama ini di anggap mikro mampu menyerang dan melumpuhkan tubuh berjuta-juta insan…jadi..kenapa kita masih mahu meninggi diri?membiarkan megalomania terus mencengkam akal dan budi?

-Jika ditafsirkan dari skop virus influenza itu sendiri,dapat juga dikupas suatu pengajaran yang harus dijadikan teladan..H1N1 sebenarnya memang telah lama wujud..tapi ia berevolusi sejak akhir-akhir ini..H1N1(berasal dari eropah) yang pada dasarnya tidak kuat telah berintegrasi dgn. koloninya dari amerika iaitu H1N2 dan menyebabkan virus ini telah menjadi virus H1N1 yang kuat dan mampu membunuh,sukar untuk terhapus,dan cepat merebak..Dari sini,kita dapat lihat bahawa kuman juga mampu bersatu padu untuk menjadi kuasa pemusnah yang dasyat..pada pendapat saya,umat Islam juga sepatutnya begitu..sentiasa bersatu,untuk menggegarkan musuh Islam..sebaliknya,umat Islam hari ini masih leka dan lalok dengan hal duniawi dan suka berbalah sesama sendiri..sedangkan musuh tersenyum sinis melihatnya..hurmm…

-Kenapa virus ini hanya membunuh golongan Melayu bagi kes-kes yang terjadi di Malaysia (setakat ini)?Kenapa tiada kes yang melibatkan kaum cina,india dan sebagainya?sedangkan Islam terkenal dgn. nilai-nilai murni dan kebersihan..kenapa tetap jua orang melayu yang menjadi mangsa?ahhaa…itulah kita…mengaku Islam bila di tanya..tp tidak betul2 istiqamah dgn. apa yang dilandaskan oleh Islam itu sendiri..Kita juga sering mengutuk bangsa lain..mencaci menghina dgn. penuh keegoan.tapi,kita ini pada hakikatnya tidaklah lengkap dan sempurna..hurm..jangan mudah mengata..walaupun mereka mungkin musuh kita,seharusnya kita mempelajari apa yang baik dari mereka.”Yang baik di jadikan teladan dan yang buruk dijadikan sempadan”.

0 comments: