Gallery

Sunday, November 29, 2009

Kisah Menarik Mengenai Perbezaan Melayu & Cina Dalam Bisnes


Tak lama dulu ada seorang melayu yang ingin makan lauk ketam. Pada pagi tu dia pergilah ke pasar borong dan berjalan ke satu kedai milik cina yang menjual ketam.

Melayu: Apek! Itu ketam ada jual ka?

Cina: Ada…ada…lu mau ketam cina ka ketam melayu ka?

Melayu: Aiya! Ketam pun ada melayu dengan cina ka apek? Cuba lu tunjuk mana ketam melayu, mana ketam cina?

Cina: Itu sana dalam bekas ada tutup…ketam cina. Sana dalam bekas tak ada tutup…ketam melayu la….

Melayu: Apa pasal ketam cina apek kasi tutup…ketam melayu apek tak kasi tutup?

Cina: Itu ketam cina kalau satu ekor keluar…yang lain akan tengok dan kasi belajar macam mana boleh keluar dari bekas. Nanti lama-lama semua ketam pandai macam mana mau keluar dari bekas. Jadi semua keluar la.

Melayu: Ketam melayu tak itu macam ka?

Cina: Ketam melayu, kalau satu ekor keluar yang lain kasi tarik itu kaki ketam tadi…jangan kasi keluar. Dia mau dia sekor saja keluar…yang lain biar dalam bekas. Kalau dia sudah keluar, dia terus lari, tak mau ajar yang lain macam mana mau keluar.

Pengajaran dari kisah ni:

Begitulah cerita ketam melayu dengan ketam cina. Hakikatnya, jika orang cina berniaga, cina lain tak kacau. Dia tengok aje dan belajar macam mana boleh berjaya. Cina dah berjaya tu pulak, akan ajar cina lain agar berjaya jugak. Kalau orang melayu, bila satu melayu nak berjaya, melayu lain akan guna apa saja supaya melayu tu jatuh balik. Macam ketam melayu, bila sekor ketam dah berjaya nak naik, ketam lain tarik kaki dia, at last sorang pun tak dapat naik . Lepas tu mulalah bergaduh sesama sendiri. Itulah hakikat sebenar sekarang ini. sebab tu melayu tak maju!!!

Renung-​renungkanlah & selamat beramal...

(Cerita ni hanya rekaan semata2 untuk pengajaran kita...sila la komen)
dipetik dari charity bundle.blogspot

2 comments:

Unknown said...

okeh so kau nak mintak aku ajar bisnes apa?


aku bomohkan orang reti lah. hahahahaha!

M.Farid Lee said...

ajar ilmu ninja la...ko kan assasin berjaya..huhu