Gallery

Tuesday, November 24, 2009

berhenti



Tips 10M berhenti merokok:

  • Melengah-lengahkan
  • Menarik nafas panjang
  • Minum air banyak
  • Menyibukkan diri/membuat sesuatu
  • Melakukan senaman regangan
  • Mengalihkan perhatian
  • Mengunyah sesuatu
  • Membasuh tangan
  • Mengambil wuduk/mandi
  • Memohon doa

Berhenti Merokok

Nilai Berhenti Merokok

Pada 20 minit Berhenti merokok:

  • Tekanan darah mula menurun.
  • Nadi menurun.
  • Suhu badan pada tangan dan kaki meningkat.

Pada 8 jam

  • Tahap karbon monoksida dalam darah menurun.
  • Tahap oksigen dalam darah kembali normal.

Pada 24 jam

  • Peluang untuk mendapat serangan jantung menurun.

Pada 48 jam

  • Deria hidu dan rasa bertambah baik, saraf hujung (nerve ending) mula kembali cergas.

Pada 2 - 3 minggu

  • Peredaran darah di badan bertambah baik.
  • Peningkatan stamina.
  • Fungsi paru-paru bertambah baik.

Adakah Berbaloi Untuk Berhenti Merokok ?

  • Risiko kesihatan akan menurun secara mendadak.
  • Selepas 15-20 tahun risiko penyakit paru-paru sama seperti bukan perokok.
  • Selepas 15-20 tahun risiko penyakit jantung koronari adalah sama seperti orang tidak merokok.
  • Berhenti merokok akan memperbaiki simptom-simptom penyakit asma, amfisema dan jantung koronari.
  • Berhenti merokok sebelum pertengahan umur akan mengurangkan risiko kesihatan sama seperti bukan perokok.
Klik: http://www.infosihat.gov.my/NafasBaru.html

0 comments: